Tindakan warga emas ini nekad jual rumah untuk bina masjid raih pujian netizen

Seorang warga emas nekad jual rumahnya sendiri untuk membina sebuah masjid mengundang perhatian orang ramai.

Perkongsian tentang kisah itu dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yesdenylanasakti dan menjadi viral baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Mbah Markus tinggal seorang diri selepas suami dan anaknya meninggal dunia.

Lebih mengejutkan lagi, kediaman yang dia duduki sekarang hanyalah sebuah rumah kayu yang beralaskan tanah.

Namun, Mbah Markus menjual sebuah lagi rumah miliknya yang jauh lebih selesa.

Tindakan warga emas ini nekad jual rumah untuk bina masjid raih pujian netizen

Dia menyumbangkan wang hasil jualan untuk tujuan membina masjid.

“Saya ada dua buah rumah, satu dijual dan tanah itu disedekahkan untuk membina masjid,” kata Mbah Markus.

Tindakan wanita itu meninggalkan kesan mendalam kepada ramai netizen.

“Saya terharu mendengar kata-katanya. Sesungguhnya dia manusia yang kaya di dunia dan akhirat,” kata seorang netizen.

“Rumah Mbah Markus nanti di syurga pasti jauh lebih indah dan megah kerana menjual rumahnya, manakala wang hasil jualan disedekahkan bagi membina masjid,” kata netizen lain.

BACA: “Anak usia 2 tahun berlari ke tengah untuk hentikan perkelahian kami suami isteri, saya tergamam melihat anak kecil lebih memahami”