“Tindakan MAIS tarik balik tauliah aktivis politik boleh pecah belahkan umat Islam, gembirakan musuh”

Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah aktivis politik boleh menyebabkan perpecahan umat Islam, kata Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Dusuki yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, tindakan itu malah hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

Dalam satu kenyataan bersama Malaysiakini, Dusuki berkata, “Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan.

"Tindakan MAIS tarik balik tauliah aktivis politik boleh pecah belahkan umat Islam, gembirakan musuh"

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

“Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin.

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin.”

Beliau sebelum ini pernah mendapat tauliah mengajar daripada Mais tetapi Mais mengumumkan tauliah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis.

Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Bagaimanapun, exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal berkaitan politik.

BACA JUGA : Kayu berselerakan pasca banjir hanya sampah sarap, bukan pembalakan – JPNP
”Ingatkan cacing dalam bungkusan salad, rupanya ular kecil berbisa”

CATEGORIES