TikTok berjaya mengatasi Youtube, jadi pilihan ramai

Oleh MHDAILY

Satu laporan analitik baharu mendapati aplikasi video sosial TikTok telah menewaskan YouTube bagi purata tempoh masa ia ditonton pengguna dalam kalangan pengguna peranti Android di Amerika Syarikat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Data daripada platform data dan analitik mudah alih, App Annie itu mendapati aplikasi TikTok telah menewaskan YouTube kira-kira setahun lalu dengan rata-rata pengguna menghabiskan masa lebih 24 jam sebulan bagi menonton kandungan TikTok berbanding 22 jam 40 minit untuk menonton kandungan YouTube.

Menurut laporan itu, di Britain, TikTok menewaskan YouTube pada Mei 2020 bagi masa yang paling banyak dihabiskan seorang pengguna iaitu hampir 26 jam sebulan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

TikTok berjaya mengatasi Youtube, jadi pilihan ramai

Pengguna peranti Android di AS menggunakan TikTok selama 24 jam sebulan berbanding 22 jam dengan YouTube bagi tempoh sama.

Data tersebut bagaimanapun terhad kepada pengguna peranti Android, namun ia menunjukkan kenaikan ketara bagi jumlah penonton meskipun kandungan video yang dimuat naik di platform TikTok terhad kepada tiga minit.

YouTube yang dimiliki syarikat gergasi Google masih mempunyai jumlah penonton paling ramai disebabkan pangkalan penggunanya yang lebih besar iaitu sekitar dua bilion. Sebagai perbandingan, TikTok mempunyai 700 juta pengguna.

Menurut App Annie, ‘video pendek, kandungan asli dan penstriman langsung’ mendorong pertumbuhan TikTok bagi kategori masa yang dihabiskan oleh pengguna.

Awal tahun ini, YouTube memperkenalkan platform video pendek dikenali YouTube Shorts sebagai saingan kepada TikTok.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/lebih-ramai-habiskan-masa-tonton-tiktok-berbanding-youtube/

BACA JUGA : Pemilik nasi kukus failkan saman ekoran dilabel penunggang agama