Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus

Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus. Pandemik Covid-19 tidak lagi menjadi beban utama kepada sektor pelancongan Indonesia ketika ini, sebaliknya tiket kapal terbang yang semakin mahal.

Ketua Persatuan Pelancongan Indonesia dan Agensi Pelancongan Kalimantan Barat, Ifan Ronaldo berkata, kenaikan tambang pesawat ketika ini mencecah sehingga 70 peratus.

“Harga tiket pesawat sudah naik sehingga 70 peratus sejak sebelum pandemik Covid-19 bermula lagi, sekali gus menjadi beban kepada sektor pelancongan untuk terus berkembang.

“Sebelum ini, tambang penerbangan dari Pontianak ke Singapura adalah sekitar 700,000 rupiah (RM207), tapi kini sudah melebihi sejuta rupiah (RM297),” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Bagi penerbangan domestik laluan Pontianak ke Putussibau pula berharga 1.4 juta rupiah (RM415) ketika ini berbanding 600,000 rupiah (RM178) sebelum ini.

Jelas Ifan, kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi menyebabkan orang ramai keberatan untuk melancong jarak jauh, sekali gus membantutkan perkembangan pelancongan domestik.

Baca Artikel Penuh