Tiga perkara perlu didahulukan untuk rakyat – Asyraf Wajdi

perkara

Tiga perkara perlu didahulukan untuk rakyat .Pemuda UMNO menyenaraikan tiga perkara melibatkan kepentingan rakyat yang perlu diberikan keutamaan kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut ialah penambaikan pakej bantuan, kadar segera vaksinasi dan mengkaji semula pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ yang efektif.

“Ia termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Khas Covid-19 (BKC), moratorium tanpa faedah terakru, i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off, tambahan suntikan fiskal bantuan kerajaan dan lain-lain.

“Vaksinasi perlu disegerakan dan diperluaskan bagi mencapai ‘herd imunity’ atau imunisasi berkelompok yang mampu mengurangkan risiko rakyat yang dijangkiti Covid-19 sehingga ke tahap memudaratkan nyawa dan kesihatan,” katanya menerusi Facebook beliau pada Isnin.

perkara

Asyraf Wajdi berkata, Sekatan Pergerakan Penuh perlu dikaji semula bagi memastikan pendekatan separa masak yang berlaku sebelum itu tidak berulang.

“Memandangkan virus hanya tersebar melalui pergerakan manusia, memutuskan rantaian virus hanya boleh dicapai jika penutupan penuh atau ‘total lockdown’ untuk tempoh masa terhad disertai dengan bantuan khas kepada rakyat dapat dilakukan,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau berkata, pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan penglibatan semua parti politik tanpa mengira ideologi, bukan sahaja pelan pemulihan mampu direalisasikan dengan berkesan, bahkan suhu politik negara dapat diturunkan dan ‘political ceasefire’ atau gencatan senjata politik benar-benar dapat dilaksanakan,” ujar beliau.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157132/BERITA/Politik/Pemuda-UMNO-senarai-tiga-perkara-perlu-dahulukan-untuk-rakyat

BACA: Ekonomi : Malaysia dilapor ketinggalan berbanding Indonesia

CATEGORIES