Tiga negeri dilanda ribut petir, hujan lebat petang ini

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor, Sarawak dan Sabah petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

Menurut MetMalaysia, di Selangor amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan kawasan Klang dan Kuala Langat.

Tiga negeri dilanda ribut petir, hujan lebat petang ini

Tiga negeri dilanda ribut petir, hujan lebat petang ini

“Bagi negeri Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) manakala bagi negeri Sabah adalah sekitar Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

“Selain itu, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam dalam tempoh melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno dedah saham dimiliki Mahathir
AWAN Parit Buntar anjur Pasar Peduli Rakyat kurangkan beban penduduk

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)