Tiga lori bantuan Ebit Lew diarah patah balik di SJR

Tiga lori bantuan Ebit Lew diarah patah balik di SJR

Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

lori

Tangkap layar di Instagram Ebit Lew memaparkan lori-lori yang membawa misi bantuan barangan keperluan ke seluruh Malaysia.

Menurut beliau, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram milik Ebit Lew ada memuat naik status sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia dengan klip video berdurasi 26 saat beberapa hari lalu.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/151142/BERITA/Semasa/Tiga-lori-bawa-misi-bantuan-Ebit-Lew-diarah-berpatah-balik

BACA JUGA : Gempar !!! Ebit Lew buat laporan Polis