Tiga buah negeri bakal dapat kelonggaran SOP?

Oleh MHDAILY

Tiga buah negeri bakal dapat kelonggaran SOP?. Sekurang-kuranya tiga buah negeri di Semenanjung dijangka diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana rekod jangkitan Covid-19 yang kekal rendah dalam ketika kebanyakan negeri lain masih bergelut dengan kes harian baharu yang tinggi.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 2 Julai 2021) dan berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes.

Pada Jumaat, Terengganu merekod 44 kes harian baharu (kumulatif 11,295 kes), sementara WP Putrajaya 20 kes (kumulatif 2,332 kes) dan Perlis sifar kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun turut mencatat sifar kes.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

negeri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa 29 jun dipetik berkata, negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah ‘berkemungkinan diberi kelonggaran’.

Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti perkara tersebut dan keputusan akan dibuat “selepas segala perincian di ambil kira, termasuk nisbah jangkitan di sesebuah negeri dengan jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara.”

Perkara yang sama diulangi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat yang menyatakan pihaknya akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malaysia masih di bawah fasa pertama Sekatan Pergerakan Perjalanan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan SOP ketat. Untuk beralih ke fasa dua, jumlah kes harian baharu Covid-19 perlu mencapai nilai ambang di bawah 4,000.

Dua lagi faktor yang diambil kira ialah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa pertama SPP yang bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 dan disambung sehingga 28 Jun 2021 mungkin berlangsung sehingga pertengahan Julai 2021. PPN yang terbahagi kepada empat fasa diharap dapat mengembalikan kehidupan harian biasa di negara ini.

Sepanjang Rangkuman Mingguan ini, angka kes harian baharu berlegar antara 5,000 hingga hampir mencecah 7,000 dengan Selangor terus mencatat kes empat angka.

Malaysia mencatat detik cemas apabila kes harian baharu sebanyak 9,020 kes dilaporkan pada 29 Mei 2021, tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Pada Jumaat, Malaysia mencatat 6,982 kes harian baharu berbanding Khamis, 6,988 kes, menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 765,949 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 66,084 kes.

Setakat 2 Julai 2021, jumlah kluster aktif meningkat kepada 877. Secara keseluruhannya, sebanyak 2,882 kluster direkod dan 2,005 daripadanya, ditamatkan.

Rangkuman Mingguan ini (26 Jun – 2 Julai 2021) yang berdasarkan data KKM merekod sebanyak 141 kluster baharu dan 79 atau 56 peratus daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Daripada 17 kluster baharu yang dilaporkan pada Jumaat, sembilan (9) adalah kluster tempat kerja, sementara lima (5) kluster komuniti, dan tiga (3) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 905 kes dan 443 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 765,949 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 35 (tangga 36 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Jepun (799,978) dan Hungary (808,197 kes).

 

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147824/KHAS/Covid-19/Covid-19-Kelonggaran-SOP-untuk-Perlis-Putrajaya-dan-Terengganu

Jika Anda Terlepas: Panas !!! PEMULIH : Kerajaan hanya belanja 7 sen bagi setiap RM 1 yang diumum