Tidak seperti PRU14, PH kini dilihat cukup lemah dan tiada persefahaman – Penganalisis

Oleh MHDAILY

Walaupun menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat berada keadaan lemah susulan pandangan berbeza antara gabungan parti anggota.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa yang diluluskan pada Isnin jelas menunjukkan tiada kerjasama dan persefahaman dalam PH.

Menurutnya, ia diluluskan berikutan ketidakhadiran 13 Ahli Parlimen pembangkang untuk melakukan undi tidak bersetuju terhadap Belanjawan 2021 berkenaan.

Baca Artikel Penuh