Tidak putus asa, Pejuang sekali lagi ke mahkamah dalam usaha daftar parti

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini kembali ke mahkamah dalam usaha mereka untuk didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang sah.

Kali ini, mereka menyasarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang didakwa gagal membuat keputusan mengenai rayuan Pejuang untuk didaftarkan.

Permohonan untuk semakan kehakiman itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Pejuang akan kembali ke mahkamah jika menteri dalam negeri tidak memberi sebarang respons berhubung rayuan mereka.

Pejuang juga pernah ke mahkamah bagi memohon semakan kehakiman untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan berhubung status pendaftaran parti itu.

Bagaimanapun, Pejuang menarik balik tindakan undang-undang berkenaan setelah menerima keputusan ROS yang jelas menolak pendaftaran parti itu pada 6 Jan lalu.

Pejuang merupakan parti serpihan Bersatu yang diterajui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa bekas pemimpin parti berkenaan.

Berita Penuh :https://m.malaysiakini.com/news/564789