Tidak boleh cincai-cincai, pemimpin Umno tegur Pas

Tidak boleh cincai-cincai, pemimpin Umno tegur Pas. Pas wajar bermuhasabah.

Maaflah sahabat sahabat PASku. Ini bukan isu kecil atau isu teknikal. Ini isu mengelirukan Dewan Rakyat. Itu yang dititah oleh YDP Agong.

Konflik antara YDP Agong dan PM adalah isu besar. Ia kaitkan Menteri dari PAS kerana dituduh mengelirukan Dewan Rakyat.

Isu Perlembagaan adalah isu dasar. Mencemarinya umpama melemahkan sendi sendi berbangsa dan bernegara

Tidak boleh cincai cincai. Tidakkah derhaka kepada YDP Agong umpama tidak mentaati Ulil Amri. Bukankah itu kemungkaran?

Jangan kompromi dengan kemungkaran. Nanti PAS difitnah lalai kerana kuasa dan jawatan? Maaf sahabat sahabat PASku.

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! PN sedang ‘beli’ sokongan untuk dapat 114 MP, dedah Salahuddin