Tular di media sosial sejak Rabu lalu, sekumpulan warga Palestin dilaporkan membuat kecoh
Dan mengamuk di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), menyebabkan beberapa kerosakan di premis tersebut.
Menurut laporan Majoriti dan kenyataan yang dikeluarkan, insiden ini bermula apabila salah seorang wanita warga Palestin
Tidak berpuas hati dengan tindakan pihak keselamatan yang melarangnya untuk menginap di luar pusat transit tersebut.
Wanita itu kemudian bertindak di luar kawalan dengan membuat kecoh di hadapan Balai Pengawal Wisma Transit, ditemani oleh ahli keluarga dan beberapa rakan.
Beberapa individu yang terlibat dilihat cuba meluahkan kemarahan mereka terhadap pasukan keselamatan, sekali gus memulakan insiden yang melibatkan kerosakan harta benda di kawasan lobi bangunan tersebut.
Dalam rakaman video yang tersebar di media sosial, seorang wanita warga Palestin bertudung merah jambu kelihatan mengamuk dengan menendang perhiasan di lobi Wisma Transit, menyebabkan perhiasan itu pecah.
Tindakan wanita tersebut tidak hanya mencetuskan kekecohan tetapi juga perang mulut antara dirinya dengan pengawal keselamatan.
Walaupun beberapa pegawai bertugas cuba menenangkan keadaan, salah seorang warga Palestin dilaporkan bertindak agresif dengan membaling selipar ke arah pegawai keselamatan.
Wakil Kedutaan Palestin turut hadir di tempat kejadian, namun usaha untuk meredakan keadaan tidak berjaya.
Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Ada yang bersimpati dengan warga Palestin dan merasakan bahawa tekanan emosi akibat situasi di negara asal mereka mungkin menjadi faktor yang mencetuskan insiden ini.
Namun, ada juga yang mengecam tindakan agresif tersebut kerana tidak menghormati undang-undang dan merosakkan harta benda awam.
BACA: Akhirnya Menteri Pendidikan tampil jawab dakwaan cikgu paling ramai ambil MC