Tiada yang terselamat, video dua helikopter TLDM bertembung sebelum terhempas raih perhatian

Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas pada Selasa.

Kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu diketahui melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut rakaman tular pada Selasa, kira-kira tujuh helikopter terbang di ruang udara dalam formasi tertentu.

Namun, dua daripada helikopter itu berlanggar antara satu sama lain, dipercayai bahagian ekornya terkena, sebelum rakaman menunjukkan helikopter itu terhempas.

Rakaman juga menunjukkan serpihan badan helikopter terhempas melayang jauh sebelum jatuh di kawasan tersebut.

Tiada yang terselamat, video dua helikopter TLDM bertembung sebelum terhempas raih perhatian

Baca Artikel Penuh