Tiada pilihanraya hingga perintah darurat tamat – Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, sepanjang tempoh ini pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

Muhyiddin turut memaklumkan, sepanjang tempoh darurat ini dilaksanakan, persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan dilaksanakan.

Sepanjang tempoh ini juga, pilihan raya umum, pilihan raya kecil, dan pilihan raya negeri tidak akan dilaksanakan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/pm-jamin-darurat-bukan-rampasan-kuasa-tidak-ada-perintah-berkurung/

COMMENTS

Wordpress (0)