Tiada maklumat mogok Doktor Kontrak bakal gugat ketenteraman awam – KPN

Oleh MHDAILY

Tiada maklumat mogok Doktor Kontrak bakal gugat ketenteraman awam. Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata tidak ada tanda-tanda rancangan bantahan doktor kontrak akan mengancam ketenteraman awam.

“PDRM mengambil maklum gerakan oleh sebilangan doktor yang berhasrat menganjurkan protes pada 26 Julai 2021 di seluruh negara.

“Walau bagaimanapun, PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) bagi memantau aktiviti protes tersebut, demi memastikan segala SOP Pelan Pemulihan Negara yang sedang berkuatkuasa, dipatuhi semasa aktiviti diadakan,” katanya pada satu kenyataan.

Baca Artikel Penuh