Tiada kekosongan kerusi, Adun Sebatik kekal bebas – Speaker Sabah

Oleh MHDAILY

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sebatik Hassan A Gani Pg Amir kekal seorang ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kadzim berkata ini kerana surat letak jawatan Adun Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani terlebih dahulu dan tidak menyatakan sebarang tarikh.

Beliau berkata Hassan A Gani juga telah menghantar kepadanya akuan bersumpah dengan jelas menyatakan tiada niat untuk mengosongkan kerusi DUN di sebalik tindakannya keluar Warisan.

Baca Artikel Penuh