‘The Batman’ bakal temui penonton, filem dijangka berdurasi 3 jam.Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum The Batman menemui penonton, dan kini kita mungkin mengentahui serba-sedikit mengenai durasi tayangan filem terbaru Warner Bros./DC itu.
Menurut senarai pawagam IMAX di laman web Australia, The Batman mempunyai masa tayangan selama 176 minit (2 jam 56 minit), durasai tayangan yang boleh dikatakan agak panjang. Bagaimanapun, durasi tersebut masih belum disahkan dan hanya akan diketahui selepas Warner Bros. mendedahkan masa tayangan rasmi filem tersebut.
Diarahkan oleh Matt Reeves dari lakon layar yang ditulis oleh Reeves sendiri bersama Peter Craig, The Batman ditetapkan dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU.
Filem akan datang memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan.
Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman, dan dia turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.