‘Thank You Babi’ – Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

‘Thank You Babi’ – Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

‘Thank You Babi’ – Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi. Bermula dengan insiden melibatkan seekor b4bi, pemuda ini tidak menyangka dia dapat mewarisi kereta Perodua Kancil milik bapanya.

“Thank you, b4bi. Sekarang aku dah ada kereta,” tulis pemuda itu pada satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial Tikok.

Di dalam video tersebut, pemuda itu mengimbas perjalanan bagaimana dia mentransformasikan Perodua Kancil yang rosak dan kemik hingga menjadi sebuah kereta seperti model yang baru keluar dari bilik pameran!

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang mahu dikenali sebagai Adib Syafiq berkata, kereta kancil tersebut mengalami sedikit kerosakan pada bahagian hadapan selepas bapanya terlanggar seekor babi yang sedang melintas.

'Thank You Babi' - Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

“Insiden itu berlaku pada 2013, ketika itu ayah saya yang merupakan seorang guru dalam perjalanan nak ke sekolahnya yang terletak dalam kawasan kampung.

“Selepas kemalangan tersebut, ayah baiki dan guna macam biasa, sebelum diserahkan kepada saya pada 2015 manakala ayah beli sebuah Perodua Axia baru.

“Ketika itu saya masih belum boleh pandu kereta, jadi bermula tahun 2017 barulah saya mula make over Kancil ini sebab nak bawa ke kolej.

“Mula-mula sekali saya tukar warna body Kancil ini dahulu, sebelum diikuti dengan transformasi yang lain sedikit demi sedikit sehingga sekarang jadi makin ‘handsome’,” ujar pemuda berusia 26 tahun ini.

Senang disapa sebagai Adib, pemuda yang berasal dari Temerloh ini berkata, kesemua proses transformasi yang dilakukan adalah 100% peratus menggunakan duit simpanannya sendiri.

'Thank You Babi' - Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

“Saya bukan buat sekaligus… sejak 2017 hingga sekarang, saya buat sikit-sikit mengikut bajet. Contohnya kalau saya aimed nak make-up sesuatu bahagian, saya akan menabung.

“Barangan-barangan pula saya beli dari platform dalam talian saja sebab murah sikit,” kata anak sulung daripada 5 adik-beradik ini.

Ditanya mengenai kos yang sudah dibelanjakan, Adib berkata dia telah memperuntukkan sekitar RM20,000 dalam tempoh 5 tahun untuk mentransformasikan kereta Kancil miliknya.

Menurut Adib, dia banyak merujuk saluran YouTube, bapa saudara serta adiknya mengenai selok belok serta ilmu yang berkaitan dalam proses transformasi keretanya.

Mengakui kadang kala terbit juga keinginan di hati untuk memiliki sebuah kereta baru sebagaimana anak muda lain, namun ujar Adib, dia lebih senang mensyukuri pemberian daripada bapanya.

“Jujur cakap, jiwa muda saya tercabar juga tengok kawan-kawan keluar kereta baru. Tapi saya belum bersedia nak menanggung beban hutang kereta baru.

“Baik saya laburkan duit untuk ‘sihatkan’ kereta sedia ada ini. Banyak jasanya daripada zaman kolej lagi ‘kami’ susah senang bersama. Kereta ini pernah m4t1 tengah jalan, pernah cermin pecah… Biasalah kereta lama banyak cabaran.

“Saya bersyukur dengan apa yang ada. Biar rupa lama, barang lama tapi hasilnya seperti macam baru keluar kedai. Ayah saya pun dalam diam memuji rupa kereta ini.

'Thank You Babi' - Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

“Ayah tak puji depan-depan, tapi dia beritahu mak. Mak kata, ayah bersyukur sebab kereta ini dapat kepada tangan orang yang betul,” ujarnya yang kini menjalankan perniagaan bertih jagung (popcorn) secara dalam talian iaitu Pokkon.my sejak 2 tahun lalu.

Sekadar suka-suka membuat perkongsian di aplikasi TikTok, Adib berkata dia tidak menyangka videonya mengundang perhatian netizen sehingga meraih lebih 3.5 juta jumlah tontonan.

“Pada asalnya saya upload suka-suka dekat TikTok selepas tengok orang lain share video transformasi kereta mereka. Terkejut juga dalam 1 jam dah cecah 1 juta views.

'Thank You Babi' - Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

“Ramai juga DM tanya macam-macam, beli barang di mana, minta buat video lebih banyak pasal transformasi Kancil ni. Ramai juga kata mereka dapat inspirasi daripada video ini.

“Selepas tengok video saya, yang plan nak jual kereta terus tak jadi sebab terinspirasi. Alhamdulillah. Mana yang boleh kongsi, saya tak lokek nak kongsi.

“Buat masa ni saya belum ada perancangan nak beli kereta baru. Akan datang nanti mungkin juga, doakan semoga saya murah rezeki,” akhirinya.

Dalam masa yang sama, sempat juga menjenguk komen netizen yang bertalu-talu berkomentar dalam video viral tersebut. Ramai netizen yang memuji tranformasi kereta Kancil tersebut dan terinspirasi dengannya.

'Thank You Babi' - Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

BACA:

Lufya terkilan selepas 3 tahun berjuang tuntut nafkah anak, hakim batalkan kes

Atlet ini diiktiraf pemain bola sepak tercantik dan seksi di dunia

Bayi membebel dekat ayah sebab lambat bagi susu curi tumpuan

CATEGORIES