Thaipusam : Penganut Hindu boleh sambut dimana-mana walau tanpa cuti – Sanusi

Oleh MHDAILY

Keputusan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS untuk tidak mengumumkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam pada 28 Jan ini, bukan berniat menafikan hak penganut Hindu di negeri ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penganut agama berkenaan masih boleh menyambut perayaan itu di mana-mana sahaja, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 yang telah ditetapkan.

“Semua orang sedang ‘dicutikan’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selama ini pun Kedah tak cuti Thaipusam melainkan dua tahun terakhir yang dijadikan cuti peristiwa, bukan cuti umum rasmi negeri Kedah.

Baca Artikel Penuh