Tetap tiada usul undi percaya terhadap PM – Fahmi

peluang

Di sebalik titah Yang di-Pertuan Agong supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berdepan dengan usul undi percaya, namun usul berkenaan tidak ada di dalam agenda aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang minggu depan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Dalam ciapannya di Twitter, Fahmi berkata, dia baru sahaja menerima surat aturan urusan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada hari Isnin.

“Soalan pertama (pada) 14/9 oleh (ahli parlimen) Jempol (Mohd Salim Mohd Sharif ), diikuti (ahli parlimen) Port Dickson (Anwar Ibrahim).

Tetap tiada usul undi percaya terhadap PM - Fahmi

“Usul: Pilih timbalan speaker, perintah Dewan kepada KPN (Ketua Polis Negara) untuk tidak halang MP ke Parlimen (dan) usul menjunjung kasih.

“Tiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” ciap pengarah komunikasi PKR itu.

Sebelum ini, Peguam Negara Idrus Harun berkata, memandangkan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya diadakan di Dewan Rakyat.

Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu bertitah bahawa perdana menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Titahnya, perdana menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590299

BACA JUGA : Panas !!! Fenomena tanpa bayang-bayang melanda Indonesia, alamat apakah ini?