Test Drive kereta : MB Kedah tak mahu komen, serah kepada Polis

Oleh MHDAILY

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan dirinya melanggar SOP PKP 3.0 apabila memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

“Tidak ada komen, (saya) serah kepada polis untuk siasat,” kata Sanusi dalam mesej ringkas kepada FMT.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata siasatan itu dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Baca Artikel Penuh