Tesla dilancar Model Y secara rasmi dalam Malaysia, terima 10,000 unit tempahan dalam masa 4 jam!

Tesla dilancar Model Y secara rasmi dalam Malaysia, terima 10,000 unit tempahan dalam masa 4 jam!

Hari ini Malaysia melakar sejarah apabila Tesla dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di negara ini.

Sebagai permulaan, Tesla menawarkan tiga varian kereta elektrik (EV) Model Y dan pengecas pantas Supercharger.

Tesla dilancar Model Y secara rasmi dalam Malaysia, terima 10,000 unit tempahan dalam masa 4 jam!

Semasa pelancaran rasmi sebentar tadi, Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan, menyatakan Tesla akan melaksanakan pelan pembangunan komprehensif seiring dengan sasarannya untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kereta EV di Malaysia.

Komitmen berkenaan diberikan oleh pengeluar EV terkemuka dunia itu susulan pelancaran rasmi model pertamanya di negara ini selepas mengumumkan pembukaan ibu pejabat bertempat di Cyberjaya minggu lalu.

“Tesla mempunyai pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan serta infrastruktur stesen mengecas, bertujuan untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lancar,” katanya selepas melancarkan Tesla Model Y di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, stesen Supercharger tertutup pertama Tesla diletakkan di Pavilion KL membabitkan sebanyak 8 Supercharger yang akan dibuka tidak lama lagi.

Tesla juga bercadang untuk membuka beberapa lagi stesen Supercharger di lokasi strategik meliputi destinasi popular di seluruh negara.

“Pengecasan pantas membolehkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dari Singapura ke Malaysia dan membawa sehingga ke Thailand, kerana stesen Supercharger juga akan dibuka di Johor dan Pulau Pinang.

“Tesla ingin mengukuhkan komitmen untuk membolehkan perjalanan merentas sempadan yang mudah dan cekap di rantau ini,” kata Isabel Fan.

Model Y merupakan SUV EV pertama Tesla yang mempunyai ruangan but belakang seluas 854 liter dan bonet hadapan yang berkapasiti 117 liter. Di Malaysia kereta EV ini ditawarkan dalam tiga varian dengan harga bermula RM199,000 sehingga RM288,000. Butiran penuh boleh baca di sini.

Bagi anda yang ingin melihat Tesla Model Y dengan lebih dekat lagi, anda boleh datang ke Pavilion Kuala Lumpur bermula 21 Julai hingga 30 Julai, 10 pagi-10 malam untuk merasai sendiri pengalaman teknologi canggih dan ciri kemudahan pada kereta tersebut.

Tesla Model Y juga akan dipamerkan semasa acara EVx Expo di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam. Acara ini berlangsung hujung minggu ini dari 22 hingga 23 Julai 2023 dari 9 pagi hingga 7 malam.

Dalam pada itu, Tesla juga dijangka bakal melancarkan satu lagi kereta EV, Model 3 pada masa akan datang. Anda boleh lihat butirannya di laman web khas di sini.

BACA: Malaysia Airlines dedah dah mula guna minyak masak terpakai sebagai bahan bakar undang reaksi netizen