Terpotong alat sulit ketika sunat, kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM3.1 Juta

Terpotong alat sulit ketika sunat kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM31 Juta

Terpotong alat sulit ketika sunat, kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM3.1 Juta. Ganti rugi wang ringgit tidak mampu menampung kerugian dialami seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, demikian dinyatakan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman mangsa.

Hakim Datuk Akhtar Tahir yang memerintahkan Kerajaan Malaysia dan empat yang lain membayar ganti rugi RM3.1 juta kepada mangsa dalam keputusan kes saman kecuaian pada 7 April lalu berkata, tiada ganti rugi dapat menggantikan aset paling berharga seorang lelaki dan kesengsaraan serta perasaan malu mangsa disebabkan ‘kehilangan’ itu.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga untuk membantunya mendapatkan semula keyakinan bersosial seperti manusia normal lain.

Hakim itu melalui alasan penghakiman yang dikeluarkan 27 Mei lalu, berkata keterangan pakar menyatakan oleh kerana batang zakar masih ada, mangsa masih boleh melakukan hubungan kelamin, mengeluarkan air mani dan berpotensi mempunyai zuriat.

“Bagaimanapun keterangan saksi pakar secara keseluruhannya menunjukkan bahawa, mangsa tidak akan dapat menikmati hubungan kelamin itu.

Terpotong alat sulit ketika sunat, kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM3.1 Juta

“Ibu mangsa dalam keterangannya memberitahu, sejak kejadian berlaku ketika anaknya berusia 10 tahun, mangsa tidak lagi berinteraksi dengan orang lain dengan normal kerana tidak mempunyai keyakinan diri.

Walaupun mangsa timbul keberanian untuk berkahwin, tiada mana-mana perempuan yang akan berkahwin dengannya sekiranya mengetahui keadaan yang dialami mangsa,”katanya.

Saman itu difailkan pada 10 Julai 2018 oleh mangsa melalui ibunya ketika berusia 18 tahun terhadap Kerajaan Malaysia, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, Pengarah Hospital, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor selaku defendan.

Pada 7 April lalu, mahkamah tinggi memerintahkan kesemua defendan membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan saman kecuaian berkenaan.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000.

Insiden berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika mangsa berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi berada pada batang zakarnya.

Sementara itu, Akhtar berkata kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar yang terpotong menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

Beliau berkata, daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang juga pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis sebaliknya melakukan perkara remeh-temeh.

Katanya, keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit.

Menurut hakim, kepala zakarhanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

BACA:

Manfaat Bunga Raya yang ramai tak tahu, boleh turunkan berat badan

“Saya tak sanggup jumpa kembar Siti Sarah” – Shuib

Harga kereta pula naik 10 peratus

CATEGORIES