Agong ulangi agar sidang parlimen dibuat secepat mungkin

Agong ulangi agar sidang parlimen dibuat secepat mungkin

YDP Agong ulangi pandangan supaya sidang parlimen dibuat secepat mungkin

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdullah Rrayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dr. Rais bin Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar Azizan Harun di Islam Negara, hari ini.

Turut hadir pada sesi yang berlangsung selama satu jam bermula pada jam 11.00 pagi ini ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Dato  Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad serta kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon dan YB Dal, Sri Azalina binti Othman Said.

Susulan sesi menghadap ini dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang telah berlangsung pada 16 Jun, 2021 lalu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan rnengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19  yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalarn Parkas 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi-sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urns yang talus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Semasa sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan terima kasih alas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengada.n persidangan Parlimen secepat mungkin

Perlu diperjelaskan juga di sini bahawa pandangan dan seruan-seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-Dull Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya.

Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Dato” Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Datuk Pengelola ‘Maya DIraja lstana Negara

YDP Agong

 

YDP Agong

Sumber:

Jangan Terlepas:Terkini !!! Parlimen akan bersidang dalam masa terdekat