Terkini !!! Yan banjir lagi : Air sungai melimpah, penduduk cemas

Oleh MHDAILY

Penduduk di beberapa kampung terkejut dan cemas apabila air Sungai Titi Hayun di Gunung Jerai di sini, mengalir deras dan melimpah di atas jalan raya selepas hujan lebat hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, paras air di sungai tersebut meningkat selepas hujan lebat sehingga menimbulkan cemas dalam kalangan penduduk yang masih trauma dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.

Seorang penduduk, Rafi Rosli, 31, berkata, air yang meningkat di sungai tersebut tidak sempat mengalir ke kampung berdekatan selepas air tersebut memasuki sebuah longkang sejauh 500 meter.

Baca Artikel Penuh