Terkini !!! [Video] Kuala Krai banjir, rumah mula dimasuki air

Kuala Krai banjir, rumah mula dimasuki air. Kuala Krai menjadi daerah kedua di Kelantan selepas Jeli, dilanda banjir gelombang kedua, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka mulai jam 2.30 petang ini yang setakat ini menempatkan 108 mangsa.

Difahamkan, beberapa kampung di daerah berkenaan dinaiki air termasuk Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Mengkebang dan perkampungan Lata Berangin.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS berkenaan adalah Masjid Chuchuh Puteri, Madrasah Chuchuh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A.

Katanya, secara keseluruhan setakat jam 3.30 petang, seramai 809 mangsa daripada 222 keluarga yang dipindahkan di 10 PPS.

BACA: Ahli arkeologi terkejut jumpa mumia berlidah emas
“Tindakan MAIS tarik balik tauliah aktivis politik boleh pecah belahkan umat Islam, gembirakan musuh”
Banjir serentak di Pantai Timur diramal bermula esok