Terkini !!! Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Terkini !!! Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan Vellfire hitam yang membawa menteri alam sekitar dan air itu memasuki pintu utama Istana Negara sekitar 10.20 pagi.

Beliau ialah pemimpin parti politik kelima yang menghadap Agong, selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu menemui Agong untuk membincangan isu Covid-19 dan ekonomi yang melanda negara ketika ini.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Shafie Apdal dalam senarai menghadap Agong pada hari kedua.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/pemimpin-pas-tiba-di-istana-negara-untuk-menghadap-agong/