Terkini !!! Sudah 83.1 peratus individu dewasa sah lengkap vaksin

Oleh MHDAILY

Sejumlah 259,141 dos vaksin COVID-19 diberikan sehingga semalam membabitkan 114,618 individu menerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan dan daripada jumlah itu 19,454,273 individu atau 83.1 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos lengkap.

Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca Artikel Penuh