Terkini !!! Speaker Dewan Rakyat menghadap Agong pagi ini

Terkini !!! Speaker Dewan Rakyat menghadap Agong pagi ini

Speaker Dewan Rakyat menghadap Agong pagi ini

Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula jam 11 pagi ini.

Terdahulu, kenderaan rasmi yang membawa Azhar dan Rais, dilihat memasuki Perkarangan Istana Negara melalui Pintu Satu.

Astro AWANi difahamkan, selain Azhar dan Rais, sesi itu juga disertai Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

 

Sesi sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini merupakan rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Azhar dan Rais dijangka menyampaikan dapatan dan kajian mereka kepada Tuanku tentang tarikh pembukaan Parlimen secara hibrid, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Proklamasi Darurat.

Selain itu, media juga difahamkan, mereka akan menyampaikan keperluan mengadakan sidang khas kedua-dua Dewan bagi membolehkan sesi Parlimen Hibrid dijalankan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/speaker-dewan-rakyat-dewan-negara-menghadap-agong-pagi-ini-305661

Jika Anda Terlepas: Hanya individu sudah vaksin dibenar berada di tempat awam