[LANGSUNG] Sidang Media YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Sidang media dalam talian ini bagi memaklumkan perbincangannya dengan Agong.
Pengerusi Pejuang itu adalah pemimpin politik ketujuh yang menghadap Agong sejak semalam.
Ini kali pertama Mahathir menghadap Agong secara bersemuka setelah melepaskan jawatan perdana menteri pada Februari tahun lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Sebelum ini, beliau dua kali menghantar permohonan kepada Agong untuk menghadap selepas perisytiharan darurat pada Januari lalu.