Terkini !!! Sesi menghadap ahli parlimen GPS, PN, BN bakal bermula

Sesi menghadap ahli parlimen GPS, PN, BN bakal bermula.

Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

sesi

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156385/BERITA/Politik/Ahli-Parlimen-GPS-PN-BN-menghadap-Agong-hari-ini

Baca Juga : Tikam peha sendiri rupanya, bukan disamun

Artikel ini disiarkan pada 19/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)