Terkini !!! Serpihan kapal selam tentera Indonesia yang dilapor hilang ditemui

Terkini !!! Serpihan kapal selam tentera Indonesia yang dilapor hilang ditemui

Indonesia mengesahkan sudah menemui serpihan daripada kapal selam tentera, KRI Nanggala 402, yang hilang bersama 53 kelasi di perairan utara Pulau Bali.

Ketua Tentera Laut, Yudo Margono, yang mengumumkan perkara itu, berkata kira-kira enam serpihan kapal itu ditemui bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam ‘malang’ itu.

“Dalam tempoh beberapa hari ini kita menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam.

“(Barangan) itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Kapal selam milik tentera Indonesia itu dikesan hilang sejak tiga hari lalu iaitu pada Rabu lalu pada kira-kira jam 10.37 pagi.

Sehubungan itu, harapan menyelamatkan 53 kelasi kapal selam itu bertambah tipis, lebih-lebih lagi kerana bekalan oksigen dipercayai habis jam 3 pagi tadi.

Sehubungan itu, operasi menyelamat kini berubah kepada usaha mencari dan mengeluarkan aset itu dari perairan Bali, di mana ia menjalani latihan ketenteraan.

Ketika ratusan anggota tentera dikerah mencari KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan kapal selam buatan Jerman itu hanya memiliki bekalan oksigen untuk tiga hari selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, tempoh tiga hari itu berakhir pada awal pagi tadi, manakala kapal selam yang membawa 53 kelasi itu masih belum ditemui.

Kapal selam itu yang juga satu daripada lima dimiliki tentera Indonesia hilang Rabu lalu ketika menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali.

Menurut pihak berkuasa, KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terputus hubungan.

Meskipun banyak pihak mengharapkan keajaiban dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) itu, kesan tumpahan minyak di kawasan kapal selam berkenaan dipercayai hilang menggambarkan kemungkinan berlaku kerosakan tangki minyak.

Kapal selam itu dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.

Pihak berkuasa belum memaklumkan sebarang kemungkinan yang menyebabkan kehilangan kapal selam itu atau mengulas persoalan sama ada aset berusia puluhan tahun itu membawa muatan berlebihan.

Negara jiran, Singapura dan Malaysia selain Amerika Syarikat (AS) serta Australia turut menghantar bantuan dalam SAR itu dengan hampir 24 kapal perang dikerah melakukan pencarian meliputi kawasan seluas 34 kilometer persegi.

KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

Aset itu pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta naik taraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.

Berita penuh : http://asamboi.net/terkini-serpihan-kapal-selam-indonesia-ditemui/