Terkini !!! Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19

YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi (28 April 2021).

Sehubungan dengan itu, YB Dato’ Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, YB Dato’ Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar.

YB Dato’ Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi
No photo description available.

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)