Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara menjelang perbincangan khas dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bernama melaporkan sultan mula tiba di istana sejak 11 pagi tadi, dengan Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang pertama tiba pagi ini.
Ia disusuli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dilihat tiba sekitar tengah hari.
Perbincangan Khas Raja-raja Melayu dijadualkan berlangsung 2.30 petang ini dengan Agong dijangka mengemukakan pandangan pemimpin parti politik mengenai pelbagai isu semasa.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, pandangan tersebut disuarakan selepas Agong berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara sejak Rabu lalu hingga semalam.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/raja-tiba-di-istana-negara-untuk-mesyuarat-khas/