Terkini !!! Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara

Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu.

Baginda tiba pada jam 1.57 tengah hari. Ketika ini, lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berada di perkarangan pintu utama seawal jam 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu.

Tumpuan seluruh negara hari ini terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan ia adalah bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri baharu dan kerajaan susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Raja-Raja

Perbincangan itu adalah yang ketiga berlangsung di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019 dengan yang pertama berlangsung pada 25 Oktober 2020.

Difahamkan, perbincangan itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas semalam.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/853630/sultan-mizan-tiba-di-istana-negara

BACA: Gempar !!! Umno bakal mesyuarat khas berhubung ‘sokongan bersyarat’ PN