Terkini !!! Raja-raja Melayu bertemu bincang calon PM

Raja-raja Melayu bertemu bincang calon PM. Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada Rabu lalu.

Perjumpaan itu dijangka akan berlangsung pada sebelah petang.

MP

Raja-raja Melayu bertemu bincang calon PM

BACA JUGA : Sokongan bersyarat PN langgar titah Agong, kata Mahfuz

Semalam, seramai 114 Ahli Parlimen daripada beberapa parti dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda untuk mengesahkan akuan bersumpah (SD) mereka terhadap calon Perdana Menteri.

Kesemua parti yang dipanggil seperti UMNO, Barisan Nasional, GPS, Pas dan Bersatu telah mengemukakan calon Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Setakat pagi ini, tiada laporan yang mengesahkan gabungan Pakatan Harapan Plus yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

BACA JUGA : [Video] Gempar !!! Blogger Umno dedah tiada calon yang dapat majoriti

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu apabila kemelut politik dan COVID-19 melanda negara.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta pengerusi Bersatu dan beberapa jam kemudian Yang di-Pertuan Agong melantiknya sebagai Perdana Menteri Interim.

BACA JUGA : Ahmad Maslan sahkan Ismail Sabri ada majoriti untuk jadi PM

Sementara itu, pada 16 Jun lalu, sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu diadakan atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong dan dipengerusikan baginda di Istana Negara.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pertemuan-khas-rajaraja-melayu-bincang-calon-pm-hari-ini-315035

Artikel ini disiarkan pada 20/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)