Terkini !!! PN umum akan bertanding semua 28 kerusi – Muhyiddin

Oleh MHDAILY

Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November depan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara dasarnya perkara itu sudah dipersetujui semua parti komponen dalam gabungan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata pecahan kerusi antara parti komponen PN bergantung kepada keadaan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

PN umum akan bertanding semua 28 kerusi - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, telah mengarahkan agar rundingan oleh Bersatu, Pas dan Gerakan diadakan segera.

“Itu sebab semalam saya gesa segerakan rundingan antara parti dalam PN.

“Pada dasarnya mereka bersetuju 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka kita bahagaikan mengikut situasi dan keadaan dan diharapkan kita dapat mencapai kejayaan.

“Saya fikir besar kemungkinan kita bertanding di semua kerusi dan 28 kerusi dibahagikan di antara parti yang saya sebutkan tadi (Bersatu, Pas dan Gerakan),” katanya ketika ditemui di Bukit Gambir pada Jumaat.

Beliau turut berkata sudah menjangkakan keputusan UMNO untuk tidak bekerjsama dengan Bersatu.

“Saya dah agak perkara itu… responsnya begitu… tapi sebagai satu tindakan berhemah di peringkat kita… kita nak dengar mereka kata sah… dan sekarang meraka kata no way dan itu fakta.

“Saya dah maklumkan di Melaka dah kita bersedia untuk hadapi apa saja bentuk pertandingan sama ada secara dua, tiga atau empat 4 penjuru… itu tidak menjadi masalah bagi kita,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita pada Khamis malam sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

BACA JUGA :ย Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons
Nak bunuh โ€˜lembaga hitamโ€™, lelaki nekad bakar rumah sendiri
Panas !!! Lama berdiam diri, akhirnya Hadi buka mulut isu arak TIMAH