Terkini !!! PN sudah ada calon Ketua Menteri – Azmin

Oleh MHDAILY

PERIKATAN Nasional (PN) sudah mempunyai calon untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata nama calon itu juga sudah dipersetujui semua parti gabungan dalam PN, namun perkara itu bukan tumpuan utama pihaknya ketika ini.

Malah, katanya, PN juga bersetuju calon bagi jawatan Ketua Menteri Melaka adalah daripada Bersatu parti itu sekiranya PN menang PRN Melaka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

PN sudah ada calon Ketua Menteri - Azmin

“Fokus PN pada masa sekarang ialah untuk memberikan maklumat kepada pengundi di Melaka.

“Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman bahawa calon Ketua Menteri Melaka telahpun ditentukan dan ianya adalah daripada Bersatu mewakili PN.

“Kita telah mempunyai calon yang telah dipersetujui oleh PN untuk ditabalkan sebagai Ketua Menteri sekiranya Insya-Allah kita mendapat sokongan majoriti daripada pengundi dan rakyat Negeri Melaka.

“Namun tumpuan kita hari ini ialah untuk memberikan maklumat kepada pengundi melaka kerana dalam prosedur operasi standard (SOP) yang baru ini ramai calon-calon baru yang tidak dapat mendekati pengundi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, PN juga sedang mencari pendekatan baharu mendekati pengundi untuk menerangkan manifesto PN yang terdapat enam teras.

“Kita juga memaklumkan tentang kejayaan PN dalam tempoh dua tahun ini untuk menjaga kesihatan dan pulihkan ekonomi, ini keutamaan kita,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada hari ini.

BACA JUGA : Gempar !!! Raja Thailand larikan diri ke Jerman, bawa 30 anjing Diraja
Gempar !!! Saksi dedah Jho Low hadir mesyuarat di rumah Najib