Terkini !!! PKPD 34 mukim Selangor tamat hari ini

Terkini !!! PKPD 34 mukim Selangor tamat hari ini

Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor berkuatkuasa .

Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit.

Penamatan PKPD juga membabitkan beberapa lokaliti lain termasuk di Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di Kuala Muda, Kedah, berkuatkuasa esok.

PKPD

PKPD di beberapa kawasan di Sabah termasuk di Kampung Pantai Emas, Kota Belud dan Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau dan Kampung Babagon di Penampang turut ditamatkan esok.

Di Pulau Pinang, penamatan PKPD esok membabitkan Taman Nagasari dan Mukim 6, Seberang Perai Tengah.

Di Negeri Sembilan, penamatan PKPD di Taman Desaria akan dilaksana pada Ahad.

Dalam pada itu, tambah Ismail Sabri, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 14 lokaliti di Pahang, empat di Selangor dan masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak bermula 18 Julai sehingga 31 Julai depan.

“Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan KKM dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, telah bersetuju mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berikut,” jelasnya lagi.

Berikut lokaliti PKPD akan dilaksanakan bermula 18 sehingga 31 Julai 2021:
Pahang:
– Tanjung Lumpur, Kuantan
– Peramu, Kuantan
– Anak Air, Kuantan
– Sg Derhaka, Kuantan
– Kempadang, Kuantan
– Sg Soi, Kuantan
– Kg Pahang, Kuantan
– Taman Seri Inderapura, Kuantan
– Taman Indera Sempurna, Kuantan
– Taman Tas & Pandan, Kuantan
– Sungai Isap, Kuantan
– Lorong Seri Teruntum, Kuantan
– Taman Impianku, Kuantan
– Taman Chengal, Temerloh

Selangor:
-Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara, Daerah Petaling
-Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat
-Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah

Klang
-Taman Samudera, Mukim Batu, Daerah Gombak

Sabah:
– Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim
Silabukan, Lahad Datu
– Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud
– PPR Taman Ehsan, Kudat

Sarawak:
– Kampung Seratau, Kuching
– Kampung Astana Lot, Kuching
– Kampung Sungai Bedil Besar, Kuching

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan pelanjutan PKPD di Kampung Siasai Dundau, Kota Belud dan Kampung Naruntung, Pitas di Sabah.
Pelanjutan PKPD itu berkuatkuasa 18 Julai sehingga 31 Julai depan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpd-di-34-mukim-di-selangor-ditamatkan-308765

jika Terlepas:Pemilik Rumah Bonda dibebaskan, Polis gagal dapat kebenaran reman