Terkini !!! PKP di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kl dilanjutkan hingga 4 Mac

Terkini !!! PKP di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kl dilanjutkan hingga 4 Mac

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang dijadualkan berakhir pada 18 Feb akan dilanjutkan sehingga 4 Mac bagi Pulau Pinang, Selangor, Johor, dan Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini berkata bagi perintah bagi Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula ditukarkan kepada PKP Bersyarat.

Beliau berkata Perlis satu-satunya negeri bawah PKP Pemulihan.

PKP kedua (PKP 2.0) pada awalnya dirancang untuk 13 hingga 26 Jan, tetapi dilanjutkan hingga 18 Feb.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/16/pkp-di-p-pinang-selangor-johor-dan-kl-lanjut-hingga-4-mac/

COMMENTS

Wordpress (0)