Terkini !!! Pejabat PM sahkan Muhyiddin masih dirawat di hospital

Oleh MHDAILY

Pejabat PM sahkan Muhyiddin masih dirawat di hospital.

YAB Perdana Menteri telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

YAB Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

Sumber :

pm

BACA JUGA : 16 sekeluarga ditahan polis, belasah lelaki sampai mati