Terkini !!! Norhizam tidak diterima sebagai calon PH di Melaka

Oleh MHDAILY

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berkait empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

“Dalam isu empat bekas ADUN, Pakatan Harapan telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen Pakatan Harapan, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini,” menurut kenyataan itu.

Norhizam

Pada masa sama, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut memutuskan menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka.

“Ini bagi menyampaikan pandangan Pakatan Harapan serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas, dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” menurut Majlis Presiden PH.

Dalam mesyuarat hari ini, Majlis Presiden PH turut bersetuju melantik Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya Pakatan Harapan Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.

BACA JUGA :

PRN Melaka : PN sedia hadapi tiga penjuru, kata Muhyiddin

Ketua Bahagian Bersatu umum keluar parti, anggap parti itu sudah mati sejak ‘Langkah Sheraton’

Rauf bakal jadi Ketua Menteri jika UMNO menang PRN Melaka?