Terkini !!! Muhyiddin umum Ismail Sabri dilantik TPM, Hishamudin Menteri Kanan

Terkini !!! Muhyiddin umum Ismail Sabri dilantik TPM, Hishamudin Menteri Kanan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini.

“Pelantikan (Ismail Sabri) ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” memetik kenyataan itu.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan.

“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta,” menurut PMO.

Justeru, PMO berharap pelantikan itu akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ismail-sabri-dilantik-tpm-hishammuddin-menteri-kanan-luar-negeri-pmo-307144

BACA JUGA : Panas !!! Pergolakan dalam Umno, akhirnya Zahid buka mulut