Terkini !!! Muda umum bertanding pilihan raya negeri Melaka

Oleh MHDAILY

Hari ini Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) umum bertanding pilihan raya negeri Melaka. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka walaupun partinya itu masih belum dapat didaftarkan kerana ketakutan pimpinan parti kerajaan sekarang.

Menurut beliau, Parti Muda kini dalam proses rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi pengagihan kerusi.

Syed Saddiq berkata,”(Soal pembahagian kerusi) kita akan runding bersama dengan blok pembangkang dan akan diumumkan bersama selepas ini,”.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita cetuskan budaya politik yang baru, politik yang bermaruah, politik yang berintegriti dan untuk kita membugarkan semula politik di Malaysia.

“Dan kita perlu juga hantar mesej yang jelas melalui pilihan raya negeri ini bahawa politik katak melompat tidak berintegriti, tidak bermaruah harus ditolak secara jelas,”.

Oleh sebab itu, rakyat juga perlu membayar RM46 juta untuk membiayai PRN ini hanya kerana perebutan kuasa di kalangan Umno sesama Umno di dalam kerajaan Melaka.

Penyertaan Muda pada PRN Melaka juga adalah untuk menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan orang Melaka berhak mendapatkan kepimpinan baru yang lebih baik,” kata bekas Menteri belia dan sukan itu.

“Kalau sekadar jadi katak, melompat kerana mengidamkan jawatan ketua menteri, itu bukan dasar yang baik, bukan melompat untuk mempertahankan dan membela rakyat dan kita tak boleh lupakan perkara ini.

“Ini adalah jalan untuk kemukakan salah satu landskap politik yang baru, muka-muka baru yang fokus kepada politik dasar dan khidmat untuk memastikan Melaka terus membangun,” katanya.

“Kita juga faham, Muda bukanlah parti yang berduit, parti yang ada pangkat, parti yang ada kawalan terhadap media massa, yang ada kawalan terhadap politik wang di Malaysia.

“Tetapi apa yang kita tiada ini kita buat kerana kita ada idealisma, kita ada semangat perjuangan, kita ada prinsip yang jelas dan mereka yang sangup bersama dengan kita ini adalah mereka yang tidak mendambakan pangkat dan jawatan tetapi sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk pastikan prinsip dan idealisma itu diketengahkan,” tegasnya.

BACA JUGA : Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Dr. Kamarul Batalkan Saman Ketua Wanita Amanah