Terkini !!! Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung, bakal pilih PM

Oleh MHDAILY

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung, bakal pilih PM. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang berlangsung, di Istana Negara.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tiba lebih awal di pintu utama di sini, pada pukul 2.10 petang. Baginda dilihat menaiki menaiki kereta jenis Audi diiringi beberapa motosikal polis dan kenderaan lain.

Ketibaan baginda disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, tepat pukul 2.30 petang tadi.

Baca Artikel Penuh