Terkini !!! Mahathir mohon maaf sebab langgar SOP, sedia dikompaun

Terkini !!! Mahathir mohon maaf sebab langgar SOP, sedia dikompaun

Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.

Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

Kita tidak harus ambil ringan.

Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini.

Sumber :