Terkini !!! Kes baharu Covid-19 Selangor turun ke bawah 1000 kes

Oleh MHDAILY

Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan trend penurunan apabila sebanyak 10,959 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 13,000 semalam.

Angka ini merupakan yang terendah direkodkan dalam tempoh 71 hari sejak Julai lalu.

Kes baharu Covid-19 Selangor turun ke bawah 1000 kes

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KMM) melalui laman media sosialnya hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan, Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,723 kes, diikuti Johor (1,226) dan Kelantan (983).

Sementara itu Lembah Klang terus mencatatkan trend penurunan apabila Selangor merekodkan kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 979 kes, manakala Kuala Lumpur mencatatkan 176 kes.

BIlangan kes mengikut negeri:

Sarawak (2,723)

Johor (1,226)

Kelantan (983)

Selangor (979)

Pulau Pinang (793)

Sabah (751)

Pahang (739)

Perak (713)

Terengganu (691)

Kedah (660)

Melaka (346)

Kuala Lumpur (176)

Negeri Sembilan (110)

Perlis (51)

Putrajaya (18)

Labuan (0)

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592978

BACA JUGA : Panas !!! Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa berhubung isu pemberian tanah