Terkini !!! Kerajaan Selangor umum bantuan khas setengah bulan gaji

Oleh MHDAILY

Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji – dengan jumlah minimum RM1,000 – buat kakitangan awam negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Amirudin Shari dalam satu kenyataan di Facebooknya, pagi ini.

“Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam negeri Selangor, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor.

Baca Artikel Penuh