Terkini !!! Kerajaan PN akhirnya akur sidang parlimen sebelum 1 Ogos

Kerajaan PN akhirnya akur sidang parlimen sebelum 1 Ogos .Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dalam kenyataan sebentar tadi.

“Kerajaan Kerajaan PN Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

“Sehubungan itu perdana menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021,” kata Takiyuddin.

Sejak digantung pada 11 Januari susulan proklamasi darurat, sejumlah pihak telah menyuarakan gesaan agar Parlimen kembali bersidang.

Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan agar persidangan Parlimen perlu diadakan “secepat mungkin” pada 16 Jun lalu.

Pada hari yang sama, Majlis Raja-raja juga menegaskan tiada keperluan darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Agong sekali lagi menzahirkan pandangan itu ketika menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Rais Yatim dan Azhar Harun dan timbalan-timbalan mereka minggu lalu.

“Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021,” kata Takiyuddin .[Kerajaan PN] Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021. Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021.

DATUK SERI TAKIYUDDIN BIN HASSAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang)

02 Julai 2021

Kerajaan PN

Jika Anda Terlepas: PH cadang bantuan RM1,500 sebulan diperkenal kerajaan