Terkini !!! Kedai serbaneka, pasar raya sekitar KL dibenarkan jual minuman keras sepanjang lockdown

Penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka dan pasar raya sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan hari ini, DBKL berkata, hanya premis khusus menjual minuman keras tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini.

DBKL berkata, menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), premis yang terlibat dengan penjualan makanan hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam dengan konsep bawa pulang sahaja.

“Kebenaran ini termasuk premis kedai runcit dan kedai serbaneka,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/04/kedai-serbaneka-pasar-raya-boleh-jual-minuman-keras-kata-dbkl/